Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai  pelajar seramai 94 orang ( 48  lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap  Pengetua sekolah ini , iaitu  Ustaz Lop Yusof  bin A.Rahman.Pada bulan  Julai yang bertarikh  24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram   13 78 , iaitu setelah 3 bulan  sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan  rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Al –Marhum Sultan  Ismail  Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu  Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik  yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya  dengan nama  “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .

No comments:

Post a Comment