1 Julai 1958
Tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Marang dengan 40 orang pelajar dan seorang guru iaitu Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Bin Long
12 Julai 1963
Bangunan baru (di tapak sekarang) mula digunakan
12 Julai 1964
Sekolah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Ibrahim
Tahun 1970
Guru Besar kedua telah dilantik pada 12 Januari 1970 iaitu Haji Mohd Noor Bin Haji Umat
Tahun 1973
Guru Besar ketiga telah dilantik pada 20 Februari 1973 iaitu Haji Mohd Salleh Bin Hasan
Tahun 1976
Sebuah asrama puteri dan bangunan makmal telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1977
Tahun 1978
Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal telah dibina. Siap pada akhir tahun 1982
Tahun 1989
5 buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah iaitu asrama puteri, bangunan sekolah 3 tingkat (blok C), kantin asrama dan 2 buah rumah guru serta padang bola sepak
Tahun 1990
Hanya satu sesi pembelajaran diwujudkan setelah bangunan baru siap pada akhir tahun 1989 yang mana sebelum ini dua sesi iaitu pagi (Tingkatan 3-5) dan sesi petang (Tingkatan 1&2)
Tahun 1992
Bengkel kemahiran hidup, bangunan sekolah 4 tingkat, Bilik Komputer, Bilik Sumber dan Bilik Pengawas mula digunakan sepenuhnya
Tahun 1993
Bilangan guru di Sekolah Menengah Agama Marang adalah seramai 56 orang, terdiri daripada 20 orang guru lelaki dan 36 guru perempuan.Manakala pelajarnya pula ialah seramai 921 orang
No comments:
Post a Comment